Saturday, May 24, 2008

Meninjau ke minda Pas.










Salam sejahtera kepada para sahabat mahasiswa,diharapkan sejahtera di samping kuliah dan aktiviti seharian.Pada kesempatan ini saya mahu singgah sebentar ke sebuah dunia yang saya namakan-Minda Pas.(MP)Lantaran itu diharapkan rakan-rakan pembaca dapat menghayatinya.

1.Pas ialah parti utama negara ini yang mahu menegakkan pemerintahan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.Bahkan perlembagaan negara yang digunakanpakai ketika ini sewajarnya diubah apabila tiba masanya nanti.Apabila suara majoriti di parlimen telah mencukupi pasti Pas akan meminda perlembagaan negara ini supaya sesuai dengan landasan Al-Quran dan Al-hadis.(untuk maklumat lanjut rujuk dan bertanyalah kepada mahasiswsa Islam atau gamis yang berada di kampus-kampus).Hal ini mungkin berlaku kerana suara majoriti bermakna semua pengundi akan bersetuju dengn Pas pada ketika itu.

2.Cuba teliti maksud firman Allah berikut;

-ingatlah-semasa orang-orang munafik lelaki dan perempuan yang sedang meraba-raa dalam gelap gelita pada hari kiamat,berkata mereka kepada orang-orang yang beriman:tunggulah kami,biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu,maka dikatakan kepada mereka secara mengejek-ejek,baiklah kamu ke belakang,kemudian carilah cahaya di sana-al-hadid 57:13

3.Secara ringkas maksud firman di atas ialah orang-orang munafik ditempelak supaya pulanglah ke dunia dan carilah cahaya itu di dunia.Secara jelasnya jika Pas tidak melaksanakan perlembagaan berlandaskan Islam atau tidak menggunakan kuasapolitik yang ada ketika ini atau pada satu ketika nanti sudah pasti Pas dan penyokongnya akan ditempelak.

4.Mengundi bagi rakyat yang berumur 21 tahun di negara ini adalah sesuatu yang penting,namun apakah hukum mengundi berdasarkan penyataan berikut seandainya,

-orang Melayu mengundi calon mic atau mca atau gerakan dan lawannya ialah calon pas.
-orang Melayu mengundi dap sedangkan lawannya ialah calon umno.
fikir-fikirkanlah.

5.Secara ringkasnya walaupun telah berkuasa di beberapa buah negeri namun Pas belum dapat membuktikan keupayaannya untuk menegakkan sistem Islam,sedangkan Pak Lah telah lama dengan Islam Hadharinya.

Kesimpulannya pada suatu hari apabila Pas mendapat suara majoriti di parlimen sudah pasti perlembagaan negara akan diubah satu persatu berdasarkan al-quran dan al-hadis.Islam telah akan menang,dan akhirnya rakyat negara ini akan menerima sistem pemerintahan Islam.Renung-renungkanlah.Pasti para mahasiswa bersetuju.Tunggu 50 tahun dari sekarang.

No comments: