Monday, May 19, 2008

Kepimpinan Malaysia .(masa kini dan akan datang)


Bingkisan tulisan ini ditujukan kepada para pembaca dan khususnya kepada para mahasiswa dalam menilai dan menentukan Kepimpinan Malaysia pada masa akan datang,secara mudahnya ciri-ciri yang perlu ada kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memegang jawatan perdana menteri.


Lantaran itu memetik kata-kata seorang intelektual barat-George Bernard Shaw-the future religon for the educated,cultured and enlightened people will be Islam.


Justeru itu berdasarkan firman Allah rujuk (Q3:19) yang maksudnya- sesungguhnya panduan hidup yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.



Bahkan dalam firman Allah rujuk (Q24:55) yang maksudnya -dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yagn beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal salih,bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana telah dijadikan-Nya khalifah yang berkuasa orang-orang sebelum mereka.



Justeru itu sudah pasti kepimpinan Malaysia pada masa akan datang berteraskan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan al-hadis.Bahkan ketika ini perdana menteri Malaysia (Pak Lah) telah membawa konsep Islam Hadhari yang bertepatan konsepnya dengan ajaran Islam.


Secara jelas gejala rasuah,perasuah,penyelewengan,tidak amanah dan ketidakadilan harus menjadi sebahagian agenda utama kepimpinan Malaysia.


Di samping itu juga,kontrak sosial,hak-hak orang Melayu usahlah dipertikaikan dan kepimpinan Malaysia masa kini dan akan datang harus mempertahankannya ,namun kebajikan dan hak-hak rakyat yang lain wajar dipertahankan.


Penulis berharap kepimpinan Pak Lah terus membasmi rasuah dan memacu kemajuan Malaysia.( bekas Perdana Menteri Yang Berbahagia Tun M telah memacu kemajuan pembangunan Malaysia,dan Pak Lah pula memacu pembangunan nilai insan dan amanah)


Sesiapa pun boleh menjadi dan mengetuai kepimpinan Malaysia pada masa akan datang,yang penting mestilah layak dan mampu menjana kemajuan Malaysia dan juga amanah.

No comments: